Assalammualaikum Guys...
Semester lepas merupakan semester yang paling aq gembira kerana semester lepas merupakan tahun terakhir aq berada disini.. Tapi apakan daya,segala-galanya berubah dalam sekelip mata sahaja..
OMG...
Tak pernah aq bayangkan dalam hidup aq,aq akan melakukan
operation seperti mana emak dan ayah aq lalui…
Tapi,takdir menentukan segala-galanya…
Emak aq operation sebab nak melahirkan kami tiga beradik manakala ayah aq pula operation sebab perut bocor.. Beberapa minggu sebelum aq sakit tu,aq galak makan macam-macam.. Pizza hut,
makan makanan gerai kat Terminal Bas, Radix Cafe n sumer yang terlintas kat kepala otak aq time tu aq makan..
Pada hari ahad 10/01/2011,aq mula sakit-sakit perut tapi aq cuma mengendahkan memandangkan aq memang mempunyai gastrik..aq cuma makan ubat magnesium trisilicate,Alhamdulillah perut aq kembali ok..takde rasa sakit-sakit lagi..malangnya pada hari isnin 11/01/2011 pada dalam pukul 2 petang aq merasakan ada perubahan pada keadaan badan aq..aq mula buang-buang air,pening dan muntah-muntah..pada masa tu aq menganggap aq mengalami keracunan makanan.. So sekali lagi aq makan pil magnesium trisilicate tu pada petang selepas balik dari makmal.. Selepas pulang dari solat magrib dan isyak berjemaah di masjid asrama.. Keadaan aq masa di masjid pada masa tu,memang aq langsung tak boleh nak bayangkan..
Aq langsung tak boleh nak berdiri,pas sembahyang isyak aq terus baring.. Lantak r orang nak cakap apa time tu.. Tak lama selepas tu,aq gagahkan diri untuk bangun dan berjalan ke cafeteria untuk membeli makanan dan membawa balik ke bilik.. Tak lama pas makan tu,keadaan aq mula stabil.. Tp tak sampai setengah jam,aq mula muntah-muntah dan menggelupur macam orang kena santau..
Aq tak bagi tahu mak dan ayah aq dulu,bab aq ingt aq cuma sakit perut biasa dan akan ok bila aq makan ubat dan tidur.. Aq cuma tak nak menyusahkan mak dan ayah aq.. Hanya member baik aq iaitu Mizie yang tengok penderitaan aq masa tu.. Macam mana aq menangis depan die sebab aq x boleh nak tahan sakit tu..
makin lama aq tahan,keadaan aq jadi makin teruk.. Tengah malamnya aq telefon emak dan ayah aq sambil menangis-nangis mengatakan yang perut aq terlalu sakit sampai aq tak boleh nak berdiri dan aq menggigil walaupun aq berpeluh.. Pada masa tu,mak ngan ayah aq dh x senang duduk memikirkan keadaan aq..
dalam kepala otak aq time tu dah macam2 aq fikir..kena santau ngn orang atau mungkin ajal aq dh nak sampai..aq hanya mampu berdoa “ya allah,jika ini yang engkau balas atas dosa2 yang telah aq lakukan dahulu,aq redha ya allah”..
Bila aq dah semakin tidak tahan,aq telefon mizie mintak dier tolong papah aq pergi jumpa ketua blok aq.. Dier bawak aq pergi klinik kt asrama aq malam tu juga.. Aq cuma dapat ubat kapur,bila aq makan bukan makin baik tapi aq makin buang air besar berdarah n muntah-muntah..aq semakin risau bab selama nie aq x pernah buang air besar berdarah.. Fikiran aq semakin tidak keruan..
Aq terus berulang alik dari bilik ke tandas sepanjang malam tu tanpa henti.. Akhirnya pagi tiba,aq telefon pensyarah aq minta dier hantar aq pergi hospital.. Nasib baik pensyarah aq x sibuk pagi tu.. Aq terus menangis dalam kereta pensyarah aq sepanjang perjalanan itu,aq ketepikan perasaan malu sebab masa tu kesakitan yang aq alami memang x boleh di ungkap dengan kata-kata..
Sampai di hospital,aq terus dikejar kan ke unit kecemasan dan trauma memandangkan keadaan aq masa tu dah tahap kritikal.. Aq diberi suntikan tahan sakit setelah berjumpa doktor,agak lama proses untuk aq dimasukkan ke wad pemerhatian.. Sebelum aq dipindahkan ke wad pemerhatian,aq sempat telefon mak dan ayah aq supaya mereka datang hari tu jugak..Alhamdullilah,mak dan ayahku datang menaiki bas pukul 9.30 pagi dr Johor… Aq sungguh gembira kerana pada aq,biar aq mati di samping orang yang aq sayang… Lama juga aq menanti di wad pemerhatian Hospital Tengku Ampuan Afzan [HTAA] Kuantan..
Pukul 3.30 petang,emak aq menelefon mengatakan mereka telah tiba di HTAA tetapi mereka berada di pintu masuk utama hospital sedangkan aq berada di UNIT KECEMASAN DAN TRAUMA yg terletak di bahagian belakang.. Aq memberitahu lokasi aq..APada masa tu,aq hanya mampu menangis melihat kedua ibu bapaku datang.. Pada masa tu terlintas di fikiran aq
“sanggup mak n ayah datang walaupun mereka sibuk”..
Aq terus membawa mereka ke wad pemerhatian dan ke katil aq.. Pada masa itu,rasa sakit pada diri aq telah reda memandangkan kesan suntikan ubat yang aq terima mampu bertahan selama 6-7 jam… Selepas aq makan nasi ayam yang ayah aq belikan di cafeteria hospital,keadaan aq kembali seperti pagi td dimana kali ni lebih teruk kot.. Seluruh bahagian di perut aq menjadi kembung dan keras.. Pada masa tu,air mataku mengalir.. Aq memohon kepada doktor untuk memindahkan aq di HOSPITAL SULTANAH AMINAH,JOHOR.. Tp aq akur dengan keputusan doktor yang tidak mengizinkan memandangkan keadaan sangat tidak kritikal..
Aq telah di pindahkan ke wad kiambang 5c untuk dirujuk oleh doctor pakar.. Sekali lagi aq diberi suntikan ubat tahan sakit untuk meredakan kesakitan aq.. Tak lama selepas itu,aq terlelap.. Bila aq sedar dari tidur,waktu itu telah malam.. Sekali lagi aq menangis menahan sakit.. Aq meminta emak ku memanggil doktor..x lama selepas itu doktor datang dan merawat aq.. Dia bertanya kepada aq..
Doktor : kamu sudah makan..
aku : ya,petang tadi dalam pukul 5 ptg..
Doktor : ok,kalau macam itu,saya akn siapkan sumer dokumen tok di hantar ke dewan bedah..”
lau smr ok,esok pagi kamu akan di bedah..
Perasaan aq masa tu,memang x boleh di gambarkan.. Spnjg malam aq x tidur bab terlalu takut.. Tp akhirnya aq tertidur gk..
Tepat kol 12.45 pg,aq terjaga dr tdur n aq tgk seblh aq ada katil tolak tok ke dwn bedah.. Aq tnya mak aq..
Aku : ni saper pnya katil?..
Mak : org sblh nk pergi operation..
Aq tidur balik,dlm kol 1.15 aq kna kejut ngn nurse.. Dier suh siap bab operation aq dilakukan pukul 1.30 pagi.. Aq mcm nk pitam msa tuh.. Aq cr ayah n abang aq,tapi mak aq kata mereka pergi mencari makan di bawah hospital.. Aq tunggu ayah n abang aq dtg,bru aq nak di tolak ke dwn.. Sepnjg pejalan tuh,aq hanya menggenggam erat tangan ayah n emak ku..
Sampai di dewan bedah,aq sempat berpesan kepada ayah dan emak ku..
”emak,ayah..kalau sesuatu yang buruk jadi kat adik masa operation tu nanti,adik minta mak n ayah halalkan makan minum adik..adik mintak maaf lau adik salu buat salah n salu sakitkan hati mak n ayah,cakap kat along dan angah adik xpernah ada hasad dengki dengan dorang,adik sayang sumer sekali..doakan adik selamat masuk dan selamat keluar”..
Air mata mak n ayah aq menitis atas badan aq masa tuh... Menurut doktor operation aq cuma 5 jam sahaja..
Aq pun masuk dewan bedah ngn mulut aq x berhenti mengucap.. Doktor2 yang ada cuba uat lawak,aq hanya mampu tersenyum bab terlalu takut.. Aq tengok atas aq ada satu lampu besar ngn bermacam2 mesin.. Badan aq ditampal dengan stiker ape entah.. Lepas tuh aq disuruh tarik nafas sampai r aq tertidur dan sedar pada pukul 9.30 pagi..
Menurut cerita mak dan ayah aq,sepanjang operation aq berjalan mak,ayah n abang aq bergilir2 menunggu aq depan dewan bedah.. Pada pukul 4.30 pagi,dua orang doktor keluar berjumpa mak n ayah aq.. Doktor tersebut meminta maaf kepada kedua orang tua aq.. Mereka menyatakan dan meminta persetujuan untuk melakukan 1 lagi operation pada diri aq.. Doktor memberitahu bahawa appendik aq telah pecah selama dua hari sebelum operation dan kuman telah merebak ke bahagian usus menyebabkan usus aq bengkak n bernanah sepanjang 1 kaki..
Ayah aq mengizinkan tapi mak aq begitu terkejut.. Mak aq pada masa tu hanya mampu berdoa agar tiada perkara buruk berlaku kepada diri aq dan berharap aq dapat mengharungi ujian paling besar dalam hidup aq..
Tepat pukul 9.00 pagi 11/01/2011,aq sedar dari operation..Aq lihat keliling aq cuma ada sorg pesakit perempuan yang baru lepas melakukan operation.. Beberapa minit lepas tu perempuan tersebut di bawa keluar manakala aq dibiarkan disitu hingga keadaan aq kembali stabil.. Pada pukul 9.30 pagi,aq pula di bawa keluar oleh jururawat.. Keluar je dari dewan bedah,aq lihat mak n ayah aq terus pergi kearah aq.. Masa tu aq dengar x berapa jelas perbualan mereka dan doktor pengiring.. Tp yang aq ingt,doktor kata jangan bagi minum 6 jam selepas operation..
Sampai di wad,msa nk angkat aq p katil,aq sempat bertanya kepada mak aq..
Aku : mak menangis ker?..
Mak : mak x menangis dik,tapi mata masuk habuk bab hospital ni kan dekat ngn sungai..
Tp dari pandangan matanya,aq mengetauhinya bahawa mak aq menangis sepanjang malam..
Di wad,aq dibekalkan dengan satu mesin yang dalamnya ada cecair morfin tok mengurangkan kesakitan yang aq alami selepas operation.. Aq disuruh tekan bila terasa sakit.. Sehari lepas operation,aq asik menangis kesakitan sebab kesan ubat bius dh hilang.. Aq terpaksa bergantung dengan morfin pula.. Bila morfin habis,aq diberi suntikan pula..pada hari ketiga,kesakitan mulai reda..
Aq mampu tersenyum n berbual2 dengan doctor n nurse..
Pada hari kedua,pensyarah akademik aq *yang hantar aq p hospital* tuh datang melawat.. Dier bawak sekali borang-borang tuk aq tandatangan untuk mengesahkan aq bersetuju untuk tangguh pengajian.. Petangnya pula semasa aq mengambil angin di beranda hospital,Ketua Jabatan aku pula datang melawat.. Masa ni memang aq terperanjat bab mcm mna KJ boleh tau.. Tp KJ bgtau berita aq masuk hospital 1 jabatn dh tau.. Pada 13/01/2011,aq dipindahkan ke wad kelas kedua memandangkan aq student politeknik..
15/01/2011,sehari sebelum aq dibenarkan keluar hospital,rakan-rakan aku sumer datang.. Masa ni aq terharu sangat-sangat.. Nak nagis pun ada.. Pagi-pagi lagi aq dah bangun n p mandi.. Masa ni aq paling gembira bab mereka semua buat aq ketawa walaupun aq x boleh ketawa sangat pada masa tu n lupa tentang kesakitan aq masa tuh.. Malamnya aq tba2 termuntah semasa tengah makan kek pisang yang dibawa oleh mereka..
Aq menangis lagi sebab lau keadaan aq kritikal lagi,aq x dibenarkan keluar hospital pada 16/01/2011..
Alhamdullilah,keadaan aq ok sebab hampir seminggu aq x makan,tiba-tiba malam tuh aq makan..
Ni gambar-gambar semasa di Hospital...
















No comments:
Post a Comment